![]() Usaha Thailand yang cuba mencari saluran komunikasi langsung dengan kumpulan tersebut secara senyap-senyap mungkin dapat dilihat sebagai satu langkah yang poisitif ke arah dialog yang lebih bermakna, tetapi ia juga menimbulkan halangan besar dari segi tatacara. Proses ini juga masih ditolak oleh kumpulan bersenjata utama, Barisan Revolusi Nasional (BRN). Proses ini dibantu oleh Malaysia sebagai fasilitator, tetapi ia sentiasa menghadapi pelbagai masalah, seperti saling ketidakpercayaan yang mendalam, perpecahan dalaman pada kedua-dua pihak dan kurangnya iltizam untuk mengadakan perubahan-perubahan tertentu yang dapat memungkinkan perdamaian. ![]() Sejak pelancarannya pada enam tahun yang lalu, proses dialog damai antara kerajaan Thai dan MARA Patani, organisasi payung bagi barisan pemisah Melayu Muslim dari selatan Thailand, belum dapat mencapai matlamatnya.
0 Comments
Leave a Reply. |